Unjuran pendapatan Ranhill Utilities dinaikkan sehingga 10% bagi FY23-25 kesan pengurangan kos elektrik pada 2HFY23 – TA Securities
KUALA LUMPUR 22 Ogos - TA Securities menaikkan unjuran pendapatan Ranhill Utilities Berhad bagi tahun kewangan 2023 hingga 2025 (FY23-25) sebanyak 6% sehingga 10% berikutan kos elektrik yang lebih rendah pada separuh kedua tahun kewangan 2023 (2HFY23).










