| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Mahkamah Tinggi ketepikan taksiran cukai hampir RM4 bilion ke atas TNB dari 2015-2017

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Mahkamah Tinggi (bahagian Rayuan dan Kuasa Khas) pada Selasa (22 Ogos) membenarkan permohonan semakan kehakiman Tenaga Nasional Bhd untuk mengetepikan RM3.977 bilion dalam taksiran cukai bagi tahun 2015 hingga 2017.

 

UKM GSB anjur projek larian amal bantu kanak-kanak kurang bernasib baik

KUALA LUMPUR 22 Ogos - UKM Graduate School of Business (UKM GSB) membantu anak-anak kurang bernasib baik di bawah Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Imán Malaysia (PERNIM) melalui Projek Larian Amal ‘Run For Hope’.

 

Privasia raih kontrak rangkaian IT, keselamatan dan penyumberan luar internet bernilai RM20.6 juta daripada Westports

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Privasia Technology Berhad menerusi anak syarikatnya, Privasia Sdn. Bhd. berjaya meraih kontrak rangkaian IT, keselamatan dan penyumberan luar internet dan perkhidmatan terurus bernilai RM20.6 juta daripada Westports Malaysia Sdn. Bhd.

 

RM2.6 juta lonjakan hasil jualan usahawan bimbingan INSKEN

BANGI 22 Ogos – Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) mempamerkan hasil positif melalui lonjakan hasil jualan sebanyak RM2.6 Juta dan 192 pekerjaan baharu berjaya dicipta dalam jangka masa 4 bulan pelaksanaannya melalui 4 industri.

 

Matrix Concepts catat peningkatan untung bersih kepada RM64.6 juta disokong kemajuan aktiviti pembinaan

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Untung bersih Matrix Concepts Holdings Berhad bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2023 (1QFY24) meningkat sebanyak 37.3% kepada RM64.6 juta berbanding RM47.04 juta pada suku sama tahun lalu. 

 

168 Park Selayang umum Village Grocer sebagai penyewa utama pusat beli-belah komuniti

KUALA LUMPUR 22 Ogos - 168 Park Selayang, projek pembangunan bercampur pertama di Selayang, mengumumkan Village Grocer sebagai penyewa utama bagi pusat beli-belah komunitinya.

 

CGS-CIMB Securities lancar akaun Niaga Hadapan Patuh Syariah Global pertama bagi CME dan SGX

KUALA LUMPUR 22 Ogos - CGS-CIMB Securities Sdn Bhd melancarkan akaun Niaga Hadapan Patuh Syariah Global pertama untuk Chicago Mercantile Exchange (CME) dan Singapore Exchange (SGX).

 

Untung bersih Solarvest melonjak 56.5% kepada RM6.7 juta bagi 1QFY24 didorong kemajuan projek LSS4

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Untung bersih Solarvest Holdings Berhad melonjak sebanyak 56.5% kepada RM6.7 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2023 (1QFY24), berbanding RM4.28 juta setahun sebelumnya.

 

Laporan MyCTOS dengan CCRIS percuma ditawar sempena Hari Kemerdekaan

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Orang ramai yang mendaftar perkhidmatan semakan kendiri melalui laman web CTOS akan menerima Laporan MyCTOS dengan CCRIS secara percuma, mulai sekarang hingga 31 Ogos ini.

 

Subscribe to