Stellantis Malaysia mula beroperasi, bakal lancar Peugeot 408 pada suku kedua tahun ini
KUALA LUMPUR 7 Mac - Syarikat jualan nasional (NSC) Stellantis Malaysia telah mula beroperasi secara rasmi pada 1 Mac 2024 dan pengguna kenderaan Peugeot, DS dan Citroën kini perlu menghubunginya secara langsung bagi mendapatkan khidmat sokongan.









