Penjualan tanah di Negeri Sembilan mampu tingkatkan 2% pendapatan Sime Darby pada FY24
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Cadangan Sime Darby Bhd. menjual 559.36 hektar tanah di Negeri Sembilan pada harga RM460 juta mampu meningkatkan pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 (FY24) sebanyak 2%.










