KUALA LUMPUR 28 Feb - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Pengawal Selia Sekuriti dan Bursa Kemboja (SERC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk memudahkan kerjasama pengawalseliaan, penguatkuasaan dan penyeliaan yang lebih luas antara kedua-dua pengawal selia.
KUALA LUMPUR 28 Feb - Malaysia berkemungkinan besar mencatat pertumbuhan ekonomi lebih sederhana pada tahun ini dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjur berkembang 4.1 peratus daripada 8.7 peratus pada 2022, kata Moody’s Analytics.
KUALA LUMPUR 28 Feb - Alliance Bank Malaysia Berhad mencatatkan untung bersih sebanyak RM547.7 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Disember 2022 (9MFY23) iaitu peningkatan sebanyak 16.6% dari tahun ke tahun.
KUALA LUMPUR 28 Feb - Mah Sing Group Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 12% kepada RM180 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22) berbanding RM160.86 juta.
KUALA LUMPUR 28 Feb - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang banyak membantu rakyat berdepan isu kebankrapan bagi mendapat maklumat dan data yang tepat.
KUALA LUMPUR 28 Feb - Yinson Holdings Bhd. meraih kontrak bernilai AS$5.3 bilion (RM23.6 bilion) bagi menyediakan perkhidmatan terapung, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) bagi projek pembangunan Hab Barat Bersepadu Agogo di Angola.
KUALA LUMPUR 28 Feb - Sunview Group Berhad mencatatkan untung bersih sebanyak RM5.8 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2022 (3QFY23) didorong oleh peningkatan hasil sebanyak 22.8% kepada RM96.9 juta bagi suku sama.
KUALA LUMPUR 28 Feb - Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama Malaysia pada Januari 2023 dengan sumbangan 32.4%, diikuti oleh Johor (19.3%), Selangor (16.6%), Sarawak (8.4%) dan Kuala Lumpur (4.6%), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).