Samchem catat peningkatan untuk bersih kepada RM6.2 juta pada 2QFY24 disokong permintaan kukuh produk bahan kimia
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Samchem Holdings Bhd mencatatkan peningkatan untung bersih kepada RM6.2 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 (2QFY24) berbanding RM6 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya disokong permintaan kukuh bahan kimia daripada industri pembinaan.








