PKNS, HCK Capital Group bangunkan bandar pintar e.Sentral di Subang Perdana
KUALA LUMPUR 16 Ogos - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bekerjasama dengan pemaju hartanah, HCK Capital Group Bhd bagi membangunkan projek bandar pintar e.Sentral yang merupakan sebahagian daripada langkah ke arah membina bandar rendah karbon.









