Taraf saranan Sunway REIT disemak naik kepada 'Beli', pendapatan 2H24 diunjur lebih tinggi - Maybank IB
KUALA LUMPUR 16 Ogos - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menaik taraf saranan Sunway REIT kepada 'Beli' daripada 'Pegang' dengan harga sasaran (TP) ditingkatkan 17 sen kepada RM1.77 sesaham.










