833 daripada 1,049 syarikat senaraian awam patuh syariah setakat Jun 2024 - CEO Bursa Malaysia
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Sebanyak 833 kaunter atau 79.4% daripada 1,049 kaunter yang tersenarai di pasaran sekuriti setakat akhir Jun 2024 adalah patuh syariah, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Muhamad Umar Swift.









