Proton sasar jualan 200,000 unit pada 2026, Januari catat jumlah tertinggi bulanan dalam tempoh 15 tahun sebanyak 19,833 unit
KUALA LUMPUR 4 Feb - Proton Holdings Bhd pada bulan lalu mencatat jualan kenderaan hampir dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu, dipacu oleh permintaan kukuh terhadap Proton Saga yang mencatatkan jumlah jualan bulanan tertinggi dalam sejarah model tersebut.






