Untung bersih Axiata merosot 84.3% pada 2QFY26 akibat kerugian tukaran asing
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Axiata Group Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM42.5 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2026 (2QFY26), merosot 84.3% berbanding RM270.8 juta yang direkodkan pada tempoh sama tahun lalu.






