KWSP muncul sebagai pemegang saham utama ITMAX dengan pegangan 5.005%
KUALA LUMPUR 7 Mac — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) muncul sebagai pemegang saham utama dalam ITMAX System Bhd selepas pegangan dananya melepasi ambang pendedahan 5% dalam syarikat penyedia sistem dan penyelesaian bersepadu bandar pintar itu.






