KUALA LUMPUR 20 April - Laluan kontra akan diaktifkan di KM55.2 hingga KM59.2 arah ke Kuantan, Pahang di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) berikutan kesesakan trafik.
Lebuhraya Pantai Timur dalam hantaran di Facebook memaklumkan, laluan KLK mengalami kesesakan trafik dan perlahan (arah timur) disebabkan penambahan kenderaan.
"Berikutan kesesakan di Lentang-Bentong, laluan kontra akan diaktifkan di KM55.2 hingga KM59.2 arah ke Kuantan.
"Kepada pengguna yang ingin ke stesen minyak Petronas atau Shell, sila kekal di laluan kiri," katanya.
Menurutnya, kesesakan trafik melibatkan laluan di 32.5KM dri TP Gombak hingga KM51.4 (Gombak-Lentang) dan 4.8 km dari KM53.2 hingga KM58 (Lentang-Bentong).
Sementara itu, kira-kira 53,507 kenderaan melalui KLK sejak pukul 12 tengah malam tadi hingga pukul 9 pagi tadi, menurut ANIH Bhd.

Manakala bagi Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) mencatatkan kira-kira 28,573 kenderaan. - DagangNews.com








