VFive Group pamer Smart FM perkukuh teknologi pintar terbaik pacu industri pengurusan fasiliti | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

VFive Group pamer Smart FM perkukuh teknologi pintar terbaik pacu industri pengurusan fasiliti

SYAFIQ Abdullah menyampaikan plak penghargaan kepada Alexander Nanta Linggi pada majlis sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2025, di Johor Bahru, Johor.
Oleh Amree Ahmad

KUALA LUMPUR 12 DisVFive Group Sdn Bhd terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju industri pengurusan fasiliti (FM) dan pembinaan dengan memanfaatkan teknologi pintar, digital dan inovasi.


Syarikat milikan penuh Bumiputera itu berkata, pelancaran Smart FM menggunakan aplikasi V-ROSE (CMMS) berteraskan alam sekitar, sosial dan urus tadbir (ESG) yang membuktikan komitmen kumpulan tersebut.


Sistem berkenaan jelasnya, menekankan pelaksanaan bagi meningkatkan kecekapan operasi, pemantauan aduan pelanggan dan automasi proses penyelenggaraan aset, utiliti dan sisa buangan yang lebih baik. 


"Projek semasa Smart FM sudah dapat disaksikan di Bangunan Sultan Iskandar, Johor di samping beberapa kuarters kerajaan di Presint 10 dan 14 serta Blok E4/5 Putrajaya," kata VFive dalam kenyataan.


Menerusi penyertaan pada Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2025 di Persada Johor International Convention Centre, kumpulan itu membuktikan kepuasan pelanggan hasil keberkesanan sistem tersebut.


Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Syafiq Abdullah menegaskan, penambahbaikan berterusan adalah teras strategi syarikat memberikan nilai tambah maksimum dan menembusi pasaran yang kompetitif.

VFive
SYAFIQ Abdullah bergambar dengan plak penghargaan VFive Group kepada Alexander Nanta Linggi pada majlis sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2025, di Johor Bahru, Johor.


Katanya, dalam pembinaan, VFive Group memperkenalkan Smart Construction termasuk penggunaan BIM, Digital Twin, IoT Monitoring, Robotics, Modular Construction dan analitik kecerdasan buatan (AI).


"Usaha ini bagi mempercepat pelaksanaan, meningkatkan keselamatan tapak dan ketepatan perancangan, selain kami menekankan penggunaan bahan mesra alam," jelas beliau menerusi kenyataan berkenaan.


Antaranya tambah Mohd Syafiq, sistem penuaian air hujan, teknologi solar secara 'lighting' dan acuan plastik boleh guna semula yang selaras dengan standard amalan ESG terbaik di seluruh dunia.


Reruai VFive Group katanya, turut menerima kunjungan rasmi barisan kepimpinan Kementerian Kerja Raya termasuk Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta wakil pelbagai agensi kerajaan.


Penyertaan kumpulan berkenaan menerusi pameran dalam HPTN 2025 itu juga jelas beliau, menandakan pengiktirafan banyak pihak terhadap tahap kredibiliti dan inovasi tinggi dilaksanakan syarikat.


"VFive Group seterusnya menyasarkan penglibatan lebih luas dalam projek berskala besar di Malaysia dan pasaran antarabangsa, terutamanya di benua Asia dan rantau Timur Tengah," kata Mohd Syafiq.


Perkembangan tersebut juga tambahnya, selaras dengan visi syarikat untuk memacu industri FM dan pembinaan ke arah ekosistem pintar, mampan dan berdaya saing. - DagangNews.com