KUALA LUMPUR 11 Jun — Tune Protect Group Berhad bekerjasama dengan Sunway XFarms melancarkan inisiatif 'Grow & Give' yang menggabungkan program pembangunan strategik pekerjanya serta impak alam sekitar dan komuniti secara bermakna
Aktiviti diadakan pada Mei, Julai, September dan November 2025 itu menyasarkan pekerja untuk meraih pengalaman langsung dalam pertanian lestari melalui pendekatan hidroponik dan mampu menyumbang kepada bekalan makanan komuniti.
Sejumlah 240 sukarelawan Tune Protect mengambil bahagian dalam inisiatif tanggungjawab sosial korporat itu dengan setiap sesi menyaksikan penglibatan 60 peserta menyumbang masa dan usaha mereka untuk menyokong komuniti di Medan Jaya.
"Kawasan yang terletak di Petaling Jaya, Selangor itu menempatkan lebih 4,000 penduduk, kebanyakannya menghadapi masalah akses terhad kepada makanan segar dan berkhasiat," kata Tune Protect dalam satu kenyataan bersama Sunway XFarams.
Inisiatif ini bermula dengan latihan praktikal di Sunway XFarms, dengan petugas Tune Protect memperoleh pengalaman praktikal dalam pertanian bandar, menuai sayur tanpa racun perosak, dan membungkusnya untuk diagihkan kepada penduduk.
Dengan memanfaatkan pengetahuan tersebut, pasukan itu terus menubuhkan ladang komuniti bertenaga solar dan membolehkan pengeluaran makanan berimpak rendah secara mampan dimanfaatkan komuniti terbabit dalam jangka panjang.
Usaha ini dilengkapkan lagi dengan pengukuhan tanggungjawab alam sekitar dan menyumbang persekitaran hidup lebih bersih menerusi teknologi hidroponik pintar, mudah diselenggara dan kurang air sehingga 90 peratus berbanding tradisional.
"Sistem ini menggunakan tenaga suria bagi mengedarkan air dengan cekap, menyediakan tanaman kepada penghidratan dan nutrien optimum, menawarkan penduduk cara boleh diakses serta mampan menanam sendiri dalam jangka panjang," katanya.
Ketua Pegawai Strategi dan Pengerusi Jawatankuasa Kelestarian Tune Protect Group, Koot Chiew Ling berkata, teknik pertanian moden itu memastikan hasil konsisten dengan kesan alam sekitar minimum dan menyokong planet ini demi generasi akan datang
“Kami sentiasa selaraskan jurang sosial dan cabaran alam sekitar yang membentuk dunia kita hari ini. Melalui inisiatif ini, kami bukan sahaja meningkatkan kesedaran tetapi mengambil tindakan bermakna menyampaikan rumusan praktikal di peringkat bawah," katanya.

Didorong oleh visi kemampanan “In Tune for a Better Tomorrow”, Tune Protect komited membina masa depan berdaya tahan dan mampan, dengan menyasarkan 6,000 jam sukarelawan dari 2025 hingga 2027 meliputi tumpuan inisiatif pemuliharaan dan kemampanan.
Ladang komuniti itu diunjurkan mampu menghasilkan lebih 240 kilogram hasil tuaian segar setiap tahun, serta menyediakan penduduk kepada lebih daripada lapan jenis sayur-sayuran penting selain mengurangkan kesan alam sekitar dengan ketara.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Sunway XFarms, Eleanor Choong berkata, pihaknya gembira dapat membina ladang komuniti ini bersama Tune Protect, dan begitu bersemangat selain teruja untuk melihat hasil kerja penduduk terbabit.
“Di Sunway XFarms, kami memperkasakan komuniti bandar untuk menanam makanan mereka sendiri, dan sentiasa menyediakan kaedah pengajaran berbeza untuk mendidik dari semua peringkat tanpa mengira status sosioekonomi," katanya.
Pada pelancaran program sulung itu, Tune Protect turut mengedarkan sebanyak 50 beg sayur-sayuran segar, dan memperkenalkan penduduk kepada hasil secara sihat serta kesedaran faedah pertanian bandar.
Kakitangan juga mengetuai aktiviti pembersihan dengan mengumpul lebih 170 kilogram sisa termasuk kertas, sisa logam, plastik, kaca dan sisa elektronik sebelum dihantar kepada rakan kongsi kitar semula dengan hasilnya memanfaatkan persatuan penduduk.
“Sumbangan Tune Protect dan Sunway XFarms telah memperkasakan ekonomi komuniti kami, meningkatkan kesedaran tentang pertanian mampan dan amalan kitar semula dalam kalangan penduduk” kata Setiausaha Persatuan Penduduk Medan Jaya, Norlizah binti Jaaman.
Mereka turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua sukarelawan dan ahli jawatankuasa sambil berharap usaha berterusan tersebut membawa impak yang berpanjangan kepada masyarakat setempat. - DagangNews.com








