Teo Seng Capital lantik Nam Ya Jun sebagai Pengarah Urusan baharu | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Teo Seng Capital lantik Nam Ya Jun sebagai Pengarah Urusan baharu

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 3 Julai - Teo Seng Capital Bhd melantik Nam Ya Jun sebagai Pengarah Urusan baharu, menggantikan Nam Hiok Joo yang meletakkan jawatan selepas berkhidmat dalam jawatan itu selama kira-kira lapan tahun.

 

Kumpulan itu turut melantik Na Yi Chan sebagai pengarah eksekutif, menggantikan Loh Wee Ching yang bersara daripada lembaga pengarah. Semua pelantikan tersebut berkuat kuasa pada 2 Julai.

 

Hiok Joo, 59, yang mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam industri ternakan ayam, menyertai Teo Seng Feedmill Sdn Bhd sebagai pengurus besar pada 2001 sebelum dilantik sebagai pengurus besar kumpulan pada 2010.

 

Beliau kemudian berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Teo Seng Capital sejak Jun 2018 sebelum berundur daripada jawatan itu.

 

Bagaimanapun, kumpulan itu tidak mendedahkan alasan peletakan jawatan Hiok Joo.


 

Teo Seng

 


Ya Jun, 44, yang menyertai kumpulan itu pada 2005, merupakan anak saudara kepada Hiok Joo dan juga sepupu kepada Yi Chan. - DagangNews.com