KUALA LUMPUR 28 Jan - EVD Bhd melantik Datuk Seri Shahril Mokhtar sebagai Pengerusi Bebas dan Bukan Eksekutif berkuat kuasa 1 Februari 2025.
Syarikat penyedia rumusan sistem pengangkutan itu juga melantik semula Datuk Wong Sak Kuan, 56, sebagai Pengarah Bukan Bebas, Bukan Eksekutif bermula pada 1 Februari 2025.
Shahril, 52, merupakan salah satu ahli Lembaga Pengarah Taghill Holdings Bhd dan West River Bhd.
Beliau memulakan kerjayanya di Maybank Bhd, kemudian memegang jawatan kanan dalam pelbagai industri termasuk pengangkutan dan hartanah.
Di samping itu, beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Eksekutif Projek Mass Rapid Transit Laluan 1 dan Laluan 2.
Beliau pernah memegang jawatan pengarah urusan di beberapa syarikat, termasuk Prasarana Malaysia Bhd, CSH Alliance Bhd, Lebuhraya Sungai Klang (SKESB) Sdn Bhd dan Green Packet Bhd.
Shahril memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam Sains Politik dari Universiti Utara Malaysia, serta Ijazah Sarjana Pengurusan dari Universiti Malaya. - DagangNews.com








