SFP Tech batalkan cadangan pemindahan ke Pasaran Utama | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

SFP Tech batalkan cadangan pemindahan ke Pasaran Utama

Oleh Amree Ahmad

KUALA LUMPUR 4 Mac — SFP Tech Holdings Berhad memutuskan untuk menilai semula rancangan asalnya berpindah ke Pasaran Utama Bursa Malaysia selepas mencatatkan rugian pada suku kewangan terbaharunya.
 

Syarikat rumusan peralatan automasi dan firma kejuruteraan tersenarai dalam Pasaran ACE itu membuat keputusan tersebut 'selepas pertimbangan yang wajar dan teliti', menurut makluman difailkannya di Bursa Malaysia.
 

“Keputusan dibuat setelah mengambil kira keputusan kewangan syarikat yang diumumkan baru-baru ini. Justeru, Lembaga Pengarah berpendapat ia bukan masa terbaik untuk syarikat meneruskan cadangan pemindahan,” katanya.
 

SFP Tech merosot buat kali pertama sejak penyenaraian pada Jun 2022 dan kerugian bersih RM21.33 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2024 (4QFY2024) berbanding keuntungan bersih RM7.37 juta pada suku sama 2023.
 

Ia ekoran perbelanjaan pentadbiran yang besar sebanyak RM29.8 juta, terdiri daripada peruntukan untuk jangkaan kerugian kredit, kos kakitangan dan susut nilai hartanah, loji dan peralatan bukan berkaitan perkilangan.
 

“Namun begitu, adalah menjadi hasrat syarikat ini untuk melihat semula cadangan pemindahan tersebut dilaksanakan pada masa hadapan,” tambahnya. - DagangNews.com