SC Estate Builder lupus tanah 0.36 hektar di Alor Setar pada harga RM5.45 juta bagi tingkatkan modal kerja | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

SC Estate Builder lupus tanah 0.36 hektar di Alor Setar pada harga RM5.45 juta bagi tingkatkan modal kerja

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Jan - SC Estate Builder menerusi SC Estate Construction Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli (SPA) bersama Aspirasi BS (Melaka) Sdn Bhd bagi melupuskan tanah seluas 0.36 hektar di Alor Setar, Kedah pada harga RM5.45 juta.

 

Kumpulan berkata, hasil pelupusan itu akan meningkatkan modal kerjayanya bagi memudahkan perniagan tenaga boleh diperbaharui (RE) di loji solar dan rumah mampu milik dengan solar di atas bumbung.

 

"Pelupusan itu juga akan mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan kumpulan bagi hartanah itu," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

 

SC Estate Builder menjangkakan keuntungan sebanyak RM1.54 juta daripada pelupusan itu kerana mereka membeli tanah itu dengan harga RM3.91 juta pada 3 Jun 2021.

 

Kumpulan itu berkata, cadangan pelupusan itu tidak mempunyai kesan material ke atas perolehan sesaham, aset bersih sesaham, penggearan, modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang besar kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2025.

 

Cadangan pelupusan itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 24 bulan dari tarikh perjanjian jual beli.- DagangNews.com