Prudential muncul sebagai pemegang saham utama IJM dengan pegangan 5.03% | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Prudential muncul sebagai pemegang saham utama IJM dengan pegangan 5.03%

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 24 Dis - Prudential plc muncul sebagai pemegang saham utama IJM Corp Bhd dengan kepentingan dianggap sebanyak 5.028%, susulan pembelian saham oleh pengurus-pengurus dana kumpulan itu.

 

Pembelian melibatkan sebanyak 176.23 juta saham yang dibuat melalui dana yang diuruskan oleh Eastspring Investments Bhd dan Eastspring Al-Wara’ Investments Bhd pada 23 Disember 2025, menurut pemakluman di Bursa Malaysia.

 

Berdasarkan pengiraan ringkas, blok saham berkenaan dianggarkan bernilai RM396.52 juta, mengambil kira harga penutupan IJM pada Selasa iaitu RM2.25 sesaham.


 

Prudential

 


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal sebagai pemegang saham terbesar IJM dengan pegangan 18.165%, diikuti Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dengan kepentingan sebanyak 9.64%.

 

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 September 2025 (6MFY2026), keuntungan bersih IJM hampir tidak berubah pada RM161.39 juta berbanding RM161.09 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya, manakala hasil meningkat 16.7% kepada RM3.41 bilion daripada RM2.92 bilion. - DagangNews.com