Pendapatan MNH diramal naik selepas buku pesanan capai rekod baharu RM1.1 bilion - HLIB | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pendapatan MNH diramal naik selepas buku pesanan capai rekod baharu RM1.1 bilion - HLIB

Oleh Amree Ahmad

KUALA LUMPUR 18 April — Pendapatan MN Holdings Bhd (MNH) diramal naik selepas buku pesanannya melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah syarikat itu sebanyak RM1.1 billion, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB). 


Firma penyelidikan itu berkata, kejayaan anak syarikatnya, Mutu Nusantara Sdn Bhd menerima kontrak pusat data baru-baru ini telah menaikkan ramalan pendapatan untuk FY25, FY26 dan FY27 masing-masing sebanyak 0.9%, 16% dan 0.7%.


Unjuran tersebut katanya, berdasarkan kepada andaian kemenagan kontrak yang lebih besar iaitu sebanyak RM1.07 bilion untuk FY25, serta peningkatan berbanding RM850 juta pada tahun sebelumnya.


Ia menjangkakan, bahawa MNH akan memperoleh lebih banyak kontrak di tengah-tengah perjanjian berterusan dengan pelbagai pelanggan sedia ada bersama untuk pusat data baharu memasuki pasaran Malaysia.


"Buku pesanan yang mantap itu mewakili 4.5 kali ganda daripada hasil FY24 dan akan membuatkan kumpulan tersebut sibuk dalam tempoh dua tahun akan datang," katanya dalam satu nota kajian.


Selain itu, firma penyelidikan berkenaan dimaklumkan, projek akan datang akan tertumpu kepada Semenanjung Malaysia, terutamanya pengendali pusat data berasaskan firma barat.


Di samping itu kata HLIB, peralihan strategik dari Johor ditetapkan untuk memanfaatkan segmen kejuruteraan utiliti bawah tanah (UUE) MNH.


Ia susulan unit utama tenaga (PMU) wilayah tengah secara am terletak kurang strategik, menyebabkan laluan kabel yang lebih panjang dan nilai kontrak menjadi tinggi.


"Sementara itu, kontrak terbaharu adalah kemenangan tunggal terbesar MNH setakat ini meliput kerja pemasangan kabel dan pencawang (CLS) untuk projek pusat data oleh sebuah pengendali berpusat di Asia, menubuhkan kemudahan pertamanya di Malaysia," katanya.


Firma penyelidikan tersebut percaya bahawa kejayaan penyampaian projek ini akan mengukuhkan lagi rekod prestasi MNH dan mengulangi saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) yang lebih tinggi sebanyak RM1.74, meningkat berbanding RM1.54 sesaham.


Ia juga optimis terhadap prospek kumpulan, memetik kehadiran kukuhnya dalam sektor pertumbuhan tinggi seperti solar dan pusat data, serta potensi manfaat peningkatan permintaan elektrik dan kitaran perbelanjaan modal Tenaga Nasional Berhad (TNB). - DagangNews.com