KUALA LUMPUR 20 Mac - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) sedang menyediakan Pelan Tindakan Bandar Pintar Taiping 2030 bagi perancangan masa hadapan.
Pelan tindakan ini merupakan satu strategi bagi menjadikan Taiping sebagai satu bandar warisan pintar, mampan dan sejahtera menjelang 2030.
MPT dalam kenyataan memaklumkan, pihak berkuasa tempatan itu berhasrat untuk melaksanakan inisiatif pintar yang bersesuaian bagi menambah baik sistem pengurusan dan perkhidmatan perbandaran.
Ini melalui penggunaan teknologi dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk dan pelawat.

“Soal selidik pandangan awam ini akan menjadi asas untuk mengumpul maklumat dan mendapatkan pandangan daripada orang ramai.
“Berdasarkan maklumat tersebut ia diguna dalam membangunkan Taiping sebagai sebuah bandar pintar.
“Pandangan dan pendapat anda amat penting dalam mencorakkan pelan tindakan ini,” ujar kenyataan itu.
Masyarakat Taiping yang ingin memberikan maklum balas untuk menyertai soal selidik ini boleh mengimbas kod QR atau tekan pautan berikut: https://forms.gle/AqRWDrutoShvYeuy5 - DagangNews.com







