MK Land tawar projek perumahan Carissa sebagai aset bersara idaman, pelaburan di Ipoh | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MK Land tawar projek perumahan Carissa sebagai aset bersara idaman, pelaburan di Ipoh

Unit rumah contoh Carissa di Klebang Putra 3 Ipoh boleh dilawati bakal pembeli.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 14 Julai - MK Land Holdings Berhad (MK Land) kini mempromosikan projek perumahan terbarunya di Ipoh iaitu Carissa yang terletak di lokasi strategik Klebang Putra 3 dekat sini.

 

Ini satu peluang menarik buat warga Ipoh yang kini menetap di luar untuk memiliki kediaman idaman, sama ada sebagai aset bersara atau pelaburan masa hadapan.

 

Pengurus Besar Kanan MK Land Wilayah Utara, Norida Abu Kassim berkata, projek ini menawarkan 48 unit rumah teres dua tingkat dalam komuniti berpagar dengan 26 unit telah pun berjaya dijual setakat ini. 

 

Katanya, ia memiliki keluasan binaan 1,380 meter persegi menjadikannya antara pilihan ideal untuk keluarga yang mahukan ruang selesa dan persekitaran matang.

 

Perak

 

“Harga yang ditawarkan bermula serendah RM432,400 hingga RM555,000 seunit. 

 

“Bagi pembeli bumiputera, mereka layak menerima diskaun 7%. Sebagai tarikan tambahan, MK Land turut menawarkan rebat istimewa sehingga RM20,000 serta yuran guaman percuma untuk perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman,” ujarnya kepada DagangNews.

 

Ini menjadikan tawaran tersebut amat kompetitif dalam pasaran hartanah semasa.

 

Lokasi projek ini turut menjadi kelebihan utama kerana terletak berhampiran pelbagai kemudahan seperti pusat beli-belah, Terminal Amanjaya, masjid, pasar mini dan institusi kewangan.

 

Ia juga berada dalam jajaran jalan pintas Klebang–Meru untuk akses mudah ke pusat bandar Ipoh.

 

Perak

 

Perak

 

Menurut Norida, projek Carissa dijangka siap pada Februari 2027, ini memberi ruang yang mencukupi untuk perancangan kewangan dan pembelian secara strategik oleh bakal pemilik.

 

“Dengan lokasi strategik, tawaran harga menarik dan kemudahan sekeliling yang lengkap, projek Carissa merupakan pelaburan hartanah yang sukar dilepaskan.

 

“Khususnya kepada warga Ipoh yang berhajat untuk kembali menetap di bandar kelahiran sendiri,” ujarnya.

 

Untuk maklumat lanjut dan lawatan ke rumah contoh, orang ramai boleh menghubungi wakil jualan MK Land menerusi talian 05-525 3077. - DagangNews.com