Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yakin Ashwad Ismail mampu perkukuh industri penyiaran negara | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yakin Ashwad Ismail mampu perkukuh industri penyiaran negara

FAHMI Fadzil (kiri) bersalaman dengan Ashwad Ismail. - Foto ihsan Facebook rasmi Fahmi Fadzil
Oleh Amree Ahmad

KUALA LUMPUR 23 Feb — Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengalu-alukan pelantikan Ashwad Ismail sebagai Ketua Pengarah Penyiaran dan yakin kemampuannya menerajui kepimpinan tertinggi penyiaran negara.


Menerusi hantaran dalam akaun rasmi Facebook hari ini, beliau turut mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah termasuk ke atas Timbalan Ketua Pengarah yang baharu,  Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah.


“Selamat datang ke keluarga Kementerian Komunikasi! 


"Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu, saudara Ashwad Ismail serta Timbalan Ketua Pengarah, Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah,” katanya.


Fahmi berharap kepimpinan yang dibawa akan terus memperkukuh industri penyiaran negara, memacu inovasi serta memastikan penyampaian maklumat sahih dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat.

 

Fahmi


Artikel berkaitan: Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail bakal dilantik sebagai Ketua Pengarah Penyiaran RTM


Beliau turut memaparkan beberapa gambar dengan Ashwad dengan hantaran itu turut diterbitkan melalui akaun rasmi Facebook Kementerian Komunikasi dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).


Terdahulu, portal DagangNews menerbitkan 'breaking news' pada pukul 7 pagi hari ini mengenai pelantikan Ashwad yang juga bekas Ketua Pengarang Astro Awani menggantikan Datuk Suhaimi Sulaiman.

 

fahmi


Pelantikan itu susulan peletakan jawatan Suhaimi yang menamatkan perkhidmatan beliau pada 20 Februari 2026 selepas hampir tiga tahun menerajui jabatan media rasmi kerajaan berkenaan.


Ashwad, 40, dan berasal dari Alor Setar, Kedah, sebelum ini turut dikenali dalam kalangan industri sebagai anak didik Suhaimi sendiri, dan pernah menggantikan beliau di Astro Awani


Pelantikan beliau itu sekali gus dilihat sebagai kesinambungan kepimpinan dalam landskap penyiaran negara dan menandakan era baharu kepimpinan Radio Televisyen Malaysia (RTM)- DagangNews.com