MCE mulakan proses pembubaran sukarela Beaucar Accessories setelah lama tidak aktif | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MCE mulakan proses pembubaran sukarela Beaucar Accessories setelah lama tidak aktif

Oleh Amree Ahmad

KUALA LUMPUR 5 Dis - MCE Holdings Berhad memaklumkan yang anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, Beaucar Accessories (M) Sdn Bhd sudah memulakan langkah pembubaran secara sukarela.


Kumpulan pengeluar dan pembekal komponen elektronik serta mekatronik automotif berpangkalan di Johor Bahru, Johor itu berkata, proses penutupan tersebut mengikut Seksyen 439(1)(b) Akta Syarikat 2016.


Beaucar, yang ditubuhkan pada 16 Jun 1983 dan turut beroperasi di Johor Bahru, Johor itu, sebelum ini pernah aktif dalam menjalankan aktiviti perdagangan pelbagai alat ganti serta banyak barangan lain. 


"Syarikat dengan modal saham RM60,000 itu sudah lama tidak aktif dan tiada niat untuk meneruskan perkhidmatan perniagaannya pada masa depan," jelas MCE dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia.


Menurut kumpulan tersebut, langkah pembubaran subsidiari berkenaan dijangka dapat mengurangkan perbelanjaan pentadbiran dan meringankan beban kos operasi yang perlu ditanggungnya selama ini.


Pada masa sama, MCE menegaskan proses pembubaran Beaucar tidak akan memberi kesan kewangan atau operasi material ke atas kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2026. - DagangNews.com