KUALA LUMPUR 5 Jan - Pembayar cukai individu yang menerima Notis Bayaran Ansuran (CP500) untuk Tahun Taksiran 2026 tidak akan dikenakan penalti sepanjang tempoh peralihan diberikan kerajaan.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, kelonggaran itu melibatkan pembayar berkenaan yang mempunyai pendapatan daripada penggajian dan bukan penggajian seperti sewa, faedah serta royalti.
Walaupun tiada penalti dikenakan, pembayar tersebut digalakkan membuat bayaran ansuran secara sukarela bagi mengurangkan beban baki cukai semasa pemfailan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
“Tiada keperluan bagi pembayar cukai yang hanya ada punca pendapatan penggajian untuk mematuhi arahan bayaran ansuran, selaras pengumuman kerajaan," jelas LHDN dalam satu kenyataan hari ini.
Mereka tambah agensi berkenaan, bagaimanapun dinasihatkan agar mengemas kini laporan pendapatan dalam BNCP bagi Tahun Taksiran 2025 untuk mengelak penerimaan arahan CP500 pada masa hadapan.
Kenyataan itu susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, mengenai lanjutan tempoh peralihan pelaksanaan e-Invois tanpa penalti selama setahun.
Ia meliputi syarikat dengan jualan RM1 juta hingga RM5 juta, serta ambang pengecualian cukai perkhidmatan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang dinaikkan kepada RM1.5 juta.
Pengumuman mengenai perkara tersebut dibuat ketika beliau menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini.
"Sementara itu, bagi pembayar cukai yang ingin membuat pindaan amaun CP500, LHDN menetapkan Borang Permohonan Pindaan Bayaran Ansuran (CP502) boleh dikemukakan," jelas kenyataan agensi berkenaan.
Mereka tambahnya, boleh melaksanaa pindaan kali pertama berdasarkan anggaran pendapatan dan cukai kena bayar sehingga 30 Jun 2026, manakala pindaan kedua pula tidak lewat daripada 31 Oktober 2026.
LHDN juga akan menghubungi pembayar cukai yang terbabit untuk menjelaskan sebarang kesilapan laporan pendapatan sebelum ini sekiranya ada. - DagangNews.com








