LCS 2 bakal dilancarkan, kapal selesai jalani pemasangan tiang radar | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

LCS 2 bakal dilancarkan, kapal selesai jalani pemasangan tiang radar

Kapal LCS 2 yang telah siap dipasang tiang radar.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 8 Mei - Kapal tempur pesisir (LCS) yang kedua dipercayai akan dilancarkan dalam masa terdekat berikutan kemajuan terkini yang dipamerkan pihak Lumut Naval Shipyard (Lunas).

 

Kemajuan pembinaan LCS 2 tersebut dikongsi pihak Lunas menerusi beberapa video terkini yang disiarkan dalam laman Facebook syarikat tersebut.

 

Walau pun pihak Lunas tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung fasa semasa LCS 2, tetapi ia dapat dilihat menerusi video terkini.

 

 

 

Berdasarkan fasa ini menunjukkan progres pembinaan LCS 2 yang diberi nama KD Raja Muda Nala berjalan sepertimana komitmen diberikan Lunas kepada kerajaan.

 

Kapal

 

Nama kapal kedua ini sebagai mengenang jasa pahlawan Selangor satu ketika dulu iaitu Raja Muda Nala.

 

Mengikut keterangan pada video, LCS 2 telah dipasang sistem radar pengawasan utama dan penderia lain yang dipasang pada satu tiang bersepadu (mast).

 

Ini merupakan bahagian terpenting pada kapal kelas Gowind kerana bahagian modul sensor itu umpama nadi dan penderia kapal.

 

Tiang mast ini membolehkan pandangan pada sudut 360 darjah.

 

Rekaan sensor Gowind oleh Naval Group menggabungkan tiang bersepadu lengkap dengan radar utama (radar 3D Thales Smart-S Mark 2) dan semua penderia lain.

 

Kapal
Pemasangan sistem radar pengawasan utama kapal.

 

Kapal
Tiang radar diangkat untuk dipasang di atas LCS 2.

 

Kapal

 

LCS 2 juga baru selesai dipindahkan ke pelantar bagi proses seterusnya untuk pelancaran dan diturunkan ke air.

 

Pada video tersebut menunjukkan kedua-dua kapal iaitu LCS 1, KD Maharaja Lela dan LCS 2, KD Raja Muda Nala berada bersebelahan.

 

Difahamkan, kedua-dua LCS akan menjalani ujian pelabuhan menjelang akhir bulan Mei dengan LCS 1 memulakan ujian laut pada 25 Oktober.

 

Fasa menyiapkan kapal-kapal LCS ini berdasarkan garis masa pelan pemulihan terkini yang telah diumumkan pihak LCS pada Mei 2023.

 

Dengan penyertaan Lunas pada LIMA 2025 nanti, semestinya kemajuan yang dipamerkan pada projek pembinaan LCS bakal ditunjukkan kepada pengunjung di ruang pameran Lunas.

 

Kapal

 

Kapal
Proses meletakkan LCS 2 di atas pelantar.

 

Kapal
Kapal LCS 2 di atas pelantar bersebelahan dengan LCS 1 di limbungan Lunas di Lumut.

 

Ini juga dapat menonjolkan kebolehan syarikat melaksanakan amanah negara kepada para pempamer lain.

 

Projek LCS menjadi tumpuan sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana kelewatan dan lebihan kos, dengan bajet awal RM6 bilion meningkat kepada RM9.18 bilion dan akhirnya mencecah RM11.22 bilion.

 

Sehingga kini kerajaan telah membayar RM7.02 bilion atau 62.49% daripada jumlah kos projek mengikut kontrak yang ditetapkan. - DagangNews.com