KUALA LUMPUR 26 Feb - Kos pengeluaran IOI Corp Bhd pada separuh pertama 2025 diramal meningkat 5% kesan daripada pengeluaran buah tandan segar yang lebih lemah, kata RHB Research.
Katanya, walaupun penggunaan baja mungkin ketinggalan berbanding jadual disebabkan hujan tetapi ia dijangka Kembali normal pada separuh kedua tahun ini.
"Walaupun begitu, kupulan menurunkan unjuran kos pengeluarannya untuk FY5 kepada RM2,000 bagi setiap tan berbanding RM2,100 setiap tan disokong bekalan isirung awit yang lebih tinggi serta kos baja lebih rendah.
"Kami akan melaraskan andaian kos dengan sewajarnya," katanya dalam satu nota kajia.
ARTIKEL BERKAITAN: Untung bersih IOI Corp pada 2QFY25 susut 66.9% kepada RM111.1 juta kesan kerugian tukaran mata wang asing
Terdahulu, hasil kumpulan bagi 2QFY25 bagaimanapun meningkat kepada RM2.97 bilion berbanding RM2.4 bilion pada 2QFY24.
Keuntungan kasar asasnya sebanyak RM504.3 juta pada suku tersebut adalah 31% lebih tinggi daripada keuntungan sebelum cukai sebanyak RM383.6 juta pada 2QFY24.
Ini disebabkan sumbangan lebih tinggi daripada segmen perladangan dengan sebahagiannya diimbangi sumbangan lebih rendah daripada segmen pembuatan berasaskan sumber.
Firma penyelidikan itu menjangkakan pendapatan industri huluannya akan terus menunjukkan prestasi yang baik berdasarkan harga minyak sawit mentah yang kukuh, manakala pendapatan industri hiliran disokong sumbangan lemak khususnya di peringkat bersekutu.
Katanya, IOI mencatatkan purata harga jualan (ASP) MSM sebanyak RM4,271 setiap tan pada 1HFY25, manakala harga PK meningkat sebanyak 49%.
"Kami percaya harga MSM kekal di atas RM4,200 setiap tan memandangkan tahap inventori MSM yang rendah di Malaysia dan peningkatan permintaan menjelang Ramadan dan pelaksanaan mandate B40 di Indonesia.
"Kami mengekalkan andaian harga MSM bagi FY25 sebanyak RM4,100 bagi setiap tan," katanya.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) RM4.90 sesaham.- DagangNews.com








