Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Anuar Abdul Ghani meninggal dunia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Anuar Abdul Ghani meninggal dunia

Oleh Muhammad Iman

JOHOR BAHRU 25 Nov - Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Anuar Abdul Ghani meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di Hospital Pakar KPJ Abdul Samad di sini, petang semalam.

 

Arwah, 62, meninggalkan seorang isteri dan tiga anak.

 

Beliau yang berpengalaman hampir empat dekad dalam industri air terawat, merupakan nama besar dalam sektor itu di peringkat nasional dan antarabangsa.

 

Di bawah kepimpinannya, Ranhill SAJ mencatat pelbagai pencapaian penting termasuk peningkatan kecekapan operasi, pelaksanaan pembaharuan teknologi serta penurunan kadar air tidak berhasil (NRW) terendah dalam negara.

 

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam Dagang, Kota Tinggi pagi ini. - DagangNews.com