KUALA LUMPUR 28 Jan - Prestasi kewangan PIE Industrial bagi suku keempat 2024 (4Q24) diramal lemah akibat kekurangan bahan daripada pelanggan superkomputernya, kata Maybank Investment Bank (Maybank IB).
Bagaimanapun, firma penyelidikan itu berkata, pihak pengurusan sedang berusaha membaik pulih kadar kerkuarangan bahan bagi melantun balik pesanan, dengan kemas kini dijangka diketahui pada awal Februari.
"Kami mengurangkan harga sasaran (TP) sebanyak RM7.50 dengan mengekalkan saranan "beli" bagi saham PIE.
"Pemulihan jumlah pelanggan PIE bergantung kepada potensi tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
“Namun begitu, pihak pengurusan masih optimis untuk mendapatkan tempahan pelayan tahun ini.
"Keputusan kelayakan untuk pelayan dijangka seawal Februari 2025, walaupun kemajuan kumpulan mungkin bergantung pada potensi tarif yang dikenakan oleh Trump.
“Namun begitu, pihak pengurusan masih optimis untuk mendapatkan tempahan pelayan tahun ini.
Di samping itu, PIE juga memberi tumpuan untuk mendapatkan lebih banyak pesanan suis, memandangkan margin yang lebih menggalakkan.
Maybank IB menjangkakan pesanan pelanggan superkomputer dijangka merosot pada 4Q24 disebabkan oleh kekurangan bahan, tetapi pesanan telah meningkat semula pada Januari 2025.
"Oleh itu, kami mengurangkan unjuran pendapatan 2024 PIE sebanyak 8% untuk mencerminkan kadar pelanggan yang lemah daripada jangkaan pesanan tetapi mengekalkan ramalan 2025 sehingga 2026.
"Kami mengekalkan saranan "beli" kami dan mengekalkan TP kami pada RM7.50," katanya.
Sementara itu, risiko utama kepada saranan itu termasuk permintaan yang lebih lemah, tumpuan pelanggan yang tinggi dan kekurangan buruh.- DagangNews.com








