KUALA LUMPUR 28 Jan - Walaupun Jumlah volum industri (TIV) pada 2024 mencatat jualan tertinggi sebanyak 816,000 unit, RHB Research menjangkakan TIV 2025 menrurun 11% kepada 730,000 unit.
Firma penyelidikan itu berkata, unjuran TIV pada tahun ini berdasarkan kekurangan faktor pemangkin yang boleh memacu penjualan unit.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA)berkata, jualan EV meningkat kepada 14.7k unit pada 2024, 45% YoY, membentuk 1.8% daripada jumlah TIV.
“Bagaimanapun, menurut data Jabatan Pengangkutan Jalan, pendaftaran kenderaan elektronik (EV) melonjak 63% YoY kepada lebih 21,000 unit pada 2024.
"Ini merupakan 2.5% daripada jumlah kereta yang didaftarkan pada tahun itu, daripada 1.6% pada 2023.
“BYD menerima banyak permintaan dengan 8,570 unit berdaftar, manakala Tesla di tempat kedua, dengan 5,137 unit.
"Untuk 2025, kami berpendapat jualan EV akan terus berkembang, kerana pengecualian duti import dan eksais EV CBU tidak mungkin dilanjutkan selepas akhir 2025.
"Bagaimanapun, pasaran EV tempatan kekal kecil. Oleh itu, kami berpendapat lonjakan yang dijangkakan dalam jualan EV tahun ini tidak akan menggerakkan jarum TIV secara bermakna," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
RHB Research mengekalkan saranan "neutral" dengan mengekalkan TIV 2025 sebanyak 730,00 iaitu bersamaan dengan penyusutan 11%.
"Kami juga tidak melihat sebarang faktor yang menarik untuk jualan kereta 2025 dikekalkan pada paras tinggi semasa dan terus kekal berhati-hati dalam tinjauan kami berikutan persaingan harga yang berterusan dalam segmen bukan nasional dan pesanan tertunggak yang berkurangan.
“Ketidakpastian terhadap pelaksanaan cukai mewah dan petrol rasionalisasi subsidi juga terus berterusan.
"Pilihan utama kami ialah SIME berada pada kedudukan yang baik untuk rasionalisasi RON95 dengan barisan EV yang luas dan BAUTO yang menawarkan penilaian menarik dan hasil dividen yang lumayan," katanya. - DagangNews.com








