Isu Titah Adendum: PM Anwar seru henti hina Najib, hormati keputusan mahkamah | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Isu Titah Adendum: PM Anwar seru henti hina Najib, hormati keputusan mahkamah

Foto kredit The Straits Times, Singapura
Oleh Amree Ahmad

KUALA LUMPUR 23 Dis - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak wajar mana-mana pihak mengeruhkan suasana atau menambah ketegangan dalam isu melibatkan Datuk Seri Najib Razak


Penegasan itu disampaikan menerusi hantaran di akaun sosial rasmi beliau hari ini, susulan reaksi segelintir pihak yang dilihat menghina tokoh politik tersebut selepas penghakiman berkaitan isu Titah Adendum.


Ia berikutan Mahkamah Tinggi di ibu negara semalam yang menolak permohonan semakan kehakiman bagi membenarkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

"Sekalipun terdapat pihak yang memilih untuk tidak menzahirkan simpati, adalah tidak wajar untuk mengeruhkan suasana atau menambah ketegangan dalam keadaan yang sensitif ini," tegas Anwar.

 

Anwar

 

Beliau turut mengingatkan semua pihak wajar menghormati keputusan, termasuk menggunakan saluran perundangan, sama ada proses rayuan atau mengemukakan permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong.


Dalam masa sama, Anwar menyeru orang ramai agar menangani isu berkenaan dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan, khususnya ketika suasana awam masih sensitif susulan keputusan mahkamah tersebut.

 

 

 

 

 

 

 


Kerajaan jelasnya, kekal berpegang teguh kepada prinsip penegakan negara hukum serta pengasingan kuasa, dengan badan kehakiman mesti dan akan terus bebas daripada sebarang pengaruh luar.


Kenyataan itu mencerminkan pendirian kerajaan mengekalkan ketenteraman awam serta mengelakkan polemik berpanjangan yang boleh mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat. - DagangNews.com