Helikopter Leonardo AW09 ditawarkan kepada agensi penguatkuasaan di Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Helikopter Leonardo AW09 ditawarkan kepada agensi penguatkuasaan di Malaysia

AW09 merupakan helikopter enjin tunggal berprestasi tinggi.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 12 Mac - Helitech Asia, selaku pengedar serantau eksklusif bagi helikopter Leonardo AW09 telah mengadakan sesi taklimat khas tentang pesawat tersebut kepada agensi kerajaan di sini.

 

Sesi ini dianjurkan dengan kerjasama Galaxy Aerospace (M) Sdn. Bhd. dihadiri wakil agensi utama seperti Pasukan Gerakan Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Udara Tentera Darat.

 

Helikopter AW09 merupakan pesawat model enjin tunggal generasi baharu yang menawarkan prestasi tinggi serta fleksibiliti dalam pelbagai misi. 

 

 

Dibangunkan di Switzerland oleh Kopter Group, model ini kemudiannya diambil alih oleh Leonardo pada tahun 2020.

 

Galaxy Aerospace dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya bekerjasama dengan Helitech Asia untuk memperkenalkan keupayaan AW09 kepada pengguna di Malaysia.

 

Helikopter

 

parafrasa

 

“Sesi dimulakan dengan pengenalan oleh Ketua Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi Strategik Galaxy Aerospace, Zulfika Ali Khan Said yang menekankan komitmen syarikat dalam menyokong pembangunan industri penerbangan di Malaysia. 

 

“Seterusnya pembentangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Helitech Asia, Christian Duhain dan Ketua Jualan Global Leonardo, Christian Gras.

 

Helikopter

 

“Mereka menyentuh tentang profil syarikat serta kepakaran dalam membekalkan penyelesaian helikopter yang inovatif,” ujar kenyataan tersebut.

 

Kerjasama antara Galaxy Aerospace dan Helitech Asia bertujuan memperluaskan akses pasaran helikopter berprestasi tinggi dalam sektor keselamatan, penerbangan awam dan operasi strategik negara.

 

Selain memperkenalkan keupayaan AW09, taklimat ini juga memperkukuhkan kerjasama strategik antara sektor swasta dan agensi kerajaan dalam bidang penerbangan dan keselamatan udara. - DagangNews.com