Epicon Berhad failkan permohonan batal writ saman dalam pertikaian undang-undang libatkan pengendali bas | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Epicon Berhad failkan permohonan batal writ saman dalam pertikaian undang-undang libatkan pengendali bas

Oleh HAZIQ HAKIMI

KUALA LUMPUR 1 DisEpicon Berhad memfailkan permohonan untuk membatalkan writ saman serta pernyataan tuntutan yang dikemukakan terhadap syarikat itu berhubung pertikaian undang-undang membabitkan beberapa pengendali bas.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Epicon mengesahkan ia dinamakan sebagai defendan keenam dalam saman yang difailkan oleh Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd, yang turut menamakan Transnasional Express Sdn Bhd, Plusliner Sdn Bhd, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Berhad, Syarikat Rembau Tampin Sdn Bhd, Kenderaan Langkasuka Sdn Bhd serta Epicon sebagai pihak defendan.

 

Menurut syarikat itu, tindakan undang-undang berkenaan adalah berkaitan perkara yang telah didedahkan sebelum ini menerusi beberapa pengumuman bertarikh 1 Oktober, 27 Oktober, 31 Oktober dan 28 November 2025.

 

Epicon berkata, pihaknya telah memfailkan permohonan bagi membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan bertarikh 24 Oktober 2025, namun tidak memperincikan alasan permohonan tersebut. - DagangNews.com