DXN Holdings raih keuntungan bersih RM92.78 juta didorong jualan di Amerika Latin dan Asia Barat | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

DXN Holdings raih keuntungan bersih RM92.78 juta didorong jualan di Amerika Latin dan Asia Barat

Gambar/DXN
Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 28 Jan - DXN Holdings Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 18.4% bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 November 2024 (3Q25) kepada RM92.78 juta, berbanding RM78.36 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.

 

Pertumbuhan itu didorong oleh peningkatan 8% dalam hasil jualan kepada RM486.09 juta, terutamanya disebabkan oleh peningkatan jualan di Amerika Latin dan Asia Barat.

 

Syarikat turut mengisytiharkan dividen interim sebanyak 1 sen setiap saham, yang akan dibayar pada 7 Mac 2025.

 

Bagi tempoh sembilan bulan, keuntungan bersih DXN meningkat sebanyak 5.3% kepada RM244.31 juta, manakala hasil jualan naik sebanyak 8.8% kepada RM1.45 bilion.

 

DXN kekal optimis untuk suku terakhir FY2025, dengan rancangan untuk terus memacu pengembangan pasaran, pelancaran produk baharu dan peningkatan kecekapan produk. - DagangNews.com