Dapur Aroma sajikan cita rasa masakan Indonesia sebenar di Ipoh | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Dapur Aroma sajikan cita rasa masakan Indonesia sebenar di Ipoh

Jess Yee bersama pelayan menunjukkan sebahagian daripada makan Indonesia yang disajikan.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 30 Sept - Minat pada pelbagai jenis sambal yang pedas dan masakan Indonesia mendorong seorang pengusaha makanan untuk membuka sebuah restoran serupa.

 

Itulah permulaan kisah Dapur Aroma, sebuah restoran masakan Indonesia yang kini menjadi tumpuan penggemar makanan di Ipoh.

 

Terletak di sebuah banglo klasik di Taman Canning di sini, keistimewaan Dapur Aroma adalah menyediakan pelbagai jenis sambal mengikut tahap kepedasan berbeza.

 

Pelanggan boleh menikmati 4 jenis sambal berbeza daripada sambal merah yang pedas, sambal hijau yang lebih ringan, sambal kicap, hingga sambal penyet yang membakar lidah. 

 

Perak
Empat jenis sambal mengikut tahap kepedasan yang berbeza.

 

Menurut pemilik Dapur Aroma, Jess Yee, dia yang menggemari masakan Nusantara kerap melancong ke Indonesia dan jatuh hati dengan pelbagai jenis hidangan yang dicuba.

 

Katanya, mengangkat cita rasa tersebut, Dapur Aroma menyajikan kira-kira 50 jenis hidangan asli Indonesia seperti ayam penyet, ayam geprek, telur balado, mi soto ayam dan pecal Jawa.

 

“Hidangan popular pula pastinya nasi Padang sama ada gulai ayam, lembu atau kambing. Tidak ketinggalan satay ayam lilit.

 

“Tentang rasa, kita mempunyai cef yang berasal dari Indonesia, jadi penyediaan makanan dan penggunaan rempah ratus adalah mengikut cara yang sama. 

 

Perak
Nasi Padang gulai ayam menu yang popular di Dapur Aroma. 
​​​​​

 

Perak
Ayam geprek dengan sambal pedas.

 

“Resipi kami bukan sahaja membawa nostalgia, tetapi juga memperkenalkan rasa sebenar masakan Indonesia kepada masyarakat tempatan pada harga yang sangat berpatutan,” katanya.

 

Bagi pelanggan yang tidak begitu menggemari makanan pedas, Dapur Aroma turut menyediakan pilihan seperti soto, bakso, mi kari dan nasi goreng kampung sesuai untuk seisi keluarga.

 

Kata Jess, Dapur Aroma turut menyediakan menu set makan tengah hari pada harga serendah RM10.90 bersama minuman yang kini dipromosikan dari pukul 11.30 pagi hingga 2.30 petang setiap hari.

 

Antara pilihan set termasuk ayam penyet, pad kra pow, khai jiao (Thai Omelette), mi balap biasa, mi soto ayam dan mi bangdesh.

 

Perak
Ayam bakar madu.

 

Perak
Satay ayam lilit disajikan dengan sambal manis dan pedas.
 

 

Perak

 

“Setiap hidangan mengekalkan saiz penuh dan keaslian rasa Indonesia, menjadikannya pilihan bernilai hebat, semuanya di bawah RM20.

 

“Selain makanan, restoran ini turut menampilkan bar kopi yang menawarkan pengalaman unik buat pencinta kopi.

 

“Kita juga mengisar dan menjual biji kopi campuran sendiri yang memberi peluang kepada pelanggan menikmati kopi segar dengan aroma tersendiri,” ujarnya.

 

Perak

 

Dapur Aroma dibuka setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 10 malam 

 

Dengan suasana kasual dan mesra keluarga, Dapur Aroma menjadi pilihan ramai untuk menjamu selera sambil menikmati suasana tenang dan selesa. - DagangNews.com