KUALA LUMPUR 29 Dis — Citaglobal Berhad melaksanakan penyenaraian terbitan saham tambahan susulan cadangan pengambilalihan sebanyak 20% kepentingan ekuiti dalam Manjaran Sdn Bhd.
Kumpulan itu berkata, sebanyak 42.11 juta saham baharu akan diterbitkan pada harga terbitan 95 sen sesaham, sebagai penyelesaian penuh harga pembelian bagi cadangan pengambilalihan tersebut.
Jelasnya, berikutan terbitan saham baharu berkenaan, modal saham terbitan Citaglobal meningkat kepada 467.68 juta unit, dengan modal saham berbayar pula ialah berjumlah RM594.37 juta.
"Jumlah permodalan tersebut selepas diselaraskan berdasarkan kepada nilai saksama saham pada tarikh pengagihan," kata Citaglobal dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.
Selain itu tambahnya, kumpulan berkenaan turut memaklumkan bahawa saham tambahan tersebut akan disenaraikan dan mula didagangkan kepada pelabur bermula pada 30 Disember 2025.
Syarikat menegaskan terbitan saham itu tidak melibatkan pengeluaran sekuriti baharu, sebaliknya merupakan sebahagian strategi pengembangan melalui pengambilalihan strategik. - DagangNews.com








