BHIC meterai kerjasama dengan CNIM Perancis cadang bekalkan jambatan terapung kepada ATM | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

BHIC meterai kerjasama dengan CNIM Perancis cadang bekalkan jambatan terapung kepada ATM

Contoh jambatan terapung berenjin buatan CNIM yang diguna dalam operasi ketenteraan.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 3 Dis - Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC) sedang meneroka pembelian jambatan terapung berenjin yang digunakan untuk membawa kenderaan tentera merentasi air dengan syarikat Perancis, CNIM Systèmes Industriels.

 

Kerjasama itu membabitkan pembekalan, penghantaran, pemasangan dan penyelenggaraan jambatan jenis Pont Flottant Motorisé (PFM) keluaran CNIM.

 

PFM adalah jambatan terapung bermotor yang boleh membawa kenderaan tentera merentasi air dan juga boleh digunakan semasa banjir atau sekiranya jambatan runtuh untuk tujuan awam.

 

Menurut laporan media The Edge, memorandum persefahaman (MoU) yang tidak mengikat itu ditandatangani dengan CNIM sebagai langkah awal kerjasama.

 

Kenderaan
Jambatan terapung PFM yang digunakan tentera Perancis dalam satu latihan.

 

MoU ini mewakili satu kenyataan niat awal antara kedua-dua pihak untuk memperluas hubungan perniagaan mereka di Malaysia.

 

Pihak BHIC juga menyatakan bahawa tiada jaminan bahawa perbincangan yang sedang dijalankan akan menghasilkan sebarang perjanjian yang mengikat.

 

 

 

 

 

 

CNIM merupakan kontraktor kejuruteraan industri dan pengeluar kelengkapan dalam sektor tenaga, pertahanan dan teknologi tinggi.

 

Kerjasama yang diteroka BHIC dengan CNIM ini menarik perhatian pemerhati industri berhubung kebarangkalian jambatan terapung berenjin ini hendak dibekalkan kepada ATM.

 

Kenderaan

 

Ini berikutan ada keperluan ATM untuk mendapatkan jambatan jenis itu bagi kegunaan pasukan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) di Wilayah Medan Timur iaitu Sabah dan Sarawak.

 

Tentera Darat Malaysia sejak tahun 2004 telah menggunakan jambatan taktikal jenis Tactical Floating Bridge PFM buatan CNIM.

 

Aset tersebut kini dikendalikan pasukan 4 Skuadron Jambatan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Kem Syed Sirajuddin, Gemas Negeri Sembilan.

 

Jambatan PFM ini telah terbukti keberkesanannya dalam pelbagai operasi sebenar dan latihan besar ATM dan TDM seperti Eks Pahlawan, Eks First Strike, Eks Para Predator dan pelbagai eksesais lain. 

 

 

 

 

Ia direka berdasarkan pengalaman medan sebenar oleh negara-negara NATO dan telah digunakan secara aktif melibatkan tentera negara utama pertahanan seperti Perancis, Itali, Switzerland, Poland dan Ukraine.

 

Kenderaan
Jambatan terapung sedia ada yang digunakan ATM.

 

Kenderaan

 

Ini menjadikannya antara sistem jambatan taktikal terbaik di dunia dan masih relevan sehingga kini. 

 

Sekiranya Tentera Darat Malaysia perlu mewujudkan satu tim nukleus baharu RAJD jambatan di Sabah dan Sarawak, adalah lebih praktikal sekiranya jambatan jenis sama dibekalkan.- DagangNews.com