KUALA LUMPUR 12 Jan - Astro Malaysia Holdings Berhad memulakan penutupan secara sukarela anak syarikat tidak langsungnya, Tayangan Unggul Sdn Bhd, di bawah Astro Shaw Sdn Bhd.
Proses pembubaran subsidiari berkenaan yang ditubuhkan pada 1995, merupakan antara sebahagian daripada usaha penstrukturan dan penstriman operasi kumpulan penyiaran tempatan itu.
Tayangan Unggul sebelum ini pernah aktif dalam penerbitan dan pengedaran kandungan hiburan serta tayangan media, namun syarikat berkenaan dilaporkan sudah lama tidak beroperasi lagi.
"Proses pembubaran ini dijangka tidak memberi impak material kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2026," maklum Astro kepada Bursa Malaysia.
Sehubungan itu, langkah penutupan Tayangan Unggul yang diumumkan pada 12 Januari 2026 disifatkan sebagai tidak menjejaskan operasi keseluruhan kumpulan berkenaan dalam tepoh jangka panjang.
Gerard Thiagarajan Rajaratnam dilantik sebagai pelikuidasi bagi menguruskan proses penggulungan tersebut, selaras dengan Seksyen 439(1)(b) Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2016.
Syarikat itu pernah menghasilkan lebih 60 filem dan video, antaranya Puteri Gunung Ledang, KL Gangster, Cicakman, Ombak Rindu, Kembar Siang, Evolusi KL Drift dan Jangan Pandang Belakang.
"Astro menegaskan tiada pengarah, pemegang saham utama, atau pihak berkaitan mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung dalam tindakan ini," jelas kumpulan berkenaan. - DagangNews.com








