Apex Healthcare terima tawaran pengambilalihan RM2.64 sesaham daripada CEO dan firma Singapura | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Apex Healthcare terima tawaran pengambilalihan RM2.64 sesaham daripada CEO dan firma Singapura

Oleh Amree Ahmad

KUALA LUMPUR 7 Nov - Apex Healthcare Berhad menerima tawaran pengambilalihan pada harga RM2.64 sesaham daripada pemegang saham utama yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr Kee Kirk Chin.


Katanya lagi, individu berkenaan turut memperoleh sokongan oleh sebuah firma ekuiti persendirian dari Singapura, iaitu Quadria Capital Investment Management Pte Ltd yang membentuk konsortium.


Jelas kumpulan penjagaan kesihatan tersebut, konsortium ditubuhkan Kirk Chin dan Quadria Capital melalui syarikat khas Pharmora Investment Holdings Pte Ltd memperoleh sejumlah 708.51 juta saham.


Tambah Apex Healthcare, bilangan tersebut bersamaan dengan 98.24% saham yang belum lagi dimiliki mereka, sekali gus menjadikan kumpulan farmaseutikal itu sebagai sebuah syarikat persendirian.


Keseluruhan nilai transaksi dianggarkan mencecah RM1.07 bilion, dengan harga tawaran itu memberi premium 0.76% berbanding penutupan dagangan saham kumpulan berkenaan kepada RM2.62 pada hari ini.


Harga tersebut adalah bersamaan dengan 6.58% berbanding harga purata sebulan dan 12.83% berbanding harga purata selama tempoh enam bulan. - DagangNews.com