Pendapatan suku kedua Matrix Concept mungkin terjejas teruk - HLIB | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pendapatan suku kedua Matrix Concept mungkin terjejas teruk - HLIB

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 15 Okt. -  Tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang panjang pada bulan Julai hingga September telah mempengaruhi aktiviti pembinaan Matrix Concept Holdings sekali gus memberi bayangan bakal menjadi suku terburuk untuk prestasi kewangan kumpulan.

 

Hong Leong Investment Bank Research (HLIB Research) berkata, pendapatan bagi suku kedua tahun kewangan 2022 Matrix Concept dijangka terjejas ekoran pelaksanaan PKP oleh kerajaan sebelum ini.

 

Namun firma penganalisis itu berpendapat terdapat kemungkinan dalam peningkatan pendapatan berikutan aktiviti pembinaan kumpulan itu telah meningkat melebihi 100% kapasitinya sejak akhir Ogos.

 

"Perolehan dijangka bertambah baik pada suku ke-3 dan suku ke-4 tahun ini selari dengan sekatan yang lebih longgar.



"Untuk rekod, setelah PKP1.0 berakhir tahun lalu, Matrix mengendalikan kerja-kerja pembinaannya dengan kapasiti 120% dan dapat mengejar jadualnya dalam masa 6 bulan," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.

 

Tambahnya, tempahan bagi projek Matrix Concept kekal kukuh dengan RM700 juta dicapai sejak Jun dan tempahan ke penjualan telah mulai meningkat menjelang akhir Ogos berikutan lebih banyak agensi kerajaan mula beroperasi.

 

"Matrix Concept juga berkongsi  bahawa kadar penukaran semasa adalah > 50%.

 

"Kami faham bahawa ini mungkin sedikit lebih tinggi daripada pra tahap pandemik jika tidak kerana kelulusan bank yang ketat dan tempoh PKP yang menghalang proses SPA.



"Secara keseluruhan, pengurusan Matrix Concept masih yakin dapat mencapai sasaran penjualan RM1.2 bilion untuk tahun kewangan22, setelah mencapai penjualan yang disahkan sebanyak RM300.9 juta pada suku pertama 2022," katanya. -DagangNews.com