MIDF positif cadangan pengambilalihan KP Port Services oleh anak syarikat Swift Haulage | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MIDF positif cadangan pengambilalihan KP Port Services oleh anak syarikat Swift Haulage

Oleh NABILA YASMIN RAZIB 
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 12 Jan -  MIDF Research melihat cadangan pengambilalihan KP Port Services Sdn Bhd (KP Port Services) oleh anak syarikat  Swift Haulage Berhad (Swift),  Swift Integrated Logistics Sdn Bhd positif kerana ia dijangka mengukuhkan rangkaian perkhidmatan depoh kontena Kumpulan. 

 

 

Menurut MIDF, sehingga kini, Swift mengendalikan 4 depoh kontena di sekitar Pelabuhan Klang yang mempunyai jumlah kapasiti kira-kira 28,500 TEU. 

 

"Secara keseluruhannya, kami mengekalkan panggilan BELI kami pada saham Swifft. 

 

"Kami menyukai Kumpulan kerana model perniagaannya yang agak pelbagai, kumpulan kenderaan komersialnya yang besar iaitu 3 kali lebih besar daripada pesaing terdekatnya dan margin keuntungannya yang melebihi purata," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.

 

Dalam pengumuman Bursa semalam, Swift memaklumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Swift Integrated Logistics Sdn Bhd, telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Sowatech Sdn Bhd (Sowatech) untuk memperoleh keseluruhan kepentingan ekuiti dalam KP Port Services Sdn Bhd (KP Port Services).

 

KP Port Services ialah sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuantan, Pahang yang terlibat dalam perkhidmatan sokongan pelabuhan dan perkhidmatan pembersihan & pembaikan nitrogen. 

 

Urus niaga yang dicadangkan bernilai antara RM9 juta -RM11.0 juta. 

 

Kumpulan itu memaklumkan pertimbangan pembelian akan dipenuhi sepenuhnya dengan cara pembayaran tunai.

 

"MoU yang sah untuk tempoh sehingga 4 bulan itu tidak akan memberi kesan ke atas pendapatan sesaham (EPS), aset bersih sesaham dan penggearan Kumpulan untuk FY22.

 

"Anggaran pendapatan kami kekal tidak berubah pada ketika ini oleh itu kami mengekalkan TP kami sebanyak RM1.28," katanya. -DagangNews.com