MCIS Life kongsi mesej positif melalui '#MySenyum Detik Keriangan Bersama' | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MCIS Life kongsi mesej positif melalui '#MySenyum Detik Keriangan Bersama'

Oleh NABILA YASMIN RAZIB 
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 13 Dis -   MCIS Insurance Berhad (MCIS Life)  berkongsi mesej positif dengan mengubah papan iklan di seluruh negara kepada warna ungu sebagai sebahagian daripada usahanya menyebarkan mesej positif kepada pengguna jalan raya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan MCIS Life, Prasheem Seebran berkata, dengan menampilkan frasa  '#MySenyum Detik Keriangan Bersama' dan alamat laman web, papan iklan berwarna ungu terang itu juga merupakan sebahagian daripada kempen pemasaran baharu oleh syarikat insurans itu.

 

"Kempen ini dilaksanakan dengan mesej asas yang kuat iaitu peringatan untuk semua rakyat Malaysia untuk tersenyum.

 

"Kempen baharu ini dibina berdasarkan usaha kami untuk memperkasakan orang ramai untuk memberi impak sama ada untuk diri mereka sendiri, keluarga dan rakan atau masyarakat mereka. 

 

"Kuasa senyuman adalah dalam memberi dan berkongsi kegembiraan, dan melalui ekspresi manusia yang seragam ini, kita boleh menaikkan mood dan pengalaman orang lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Tambahnya, kempen ini juga mencerminkan moto jenama MCIS Life iaitu #PeopleHelpingPeople dan ia juga adalah hasil kerjasama dengan beberapa pemilik media.

 

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Visual Retale, Sailendra Kanagasundram berkata, rakyat Malaysia yang melawat laman mikro #MySenyum akan dijemput untuk tersenyum dan berkongsi luahan gembira mereka dalam talian. 

 

"Sebagai pertukaran, MCIS Life akan menyumbang kepada dua organisasi yang telah menjadikan misi mereka untuk membantu orang lain yang memerlukan," katanya. -DagangNews.com