KUALA LUMPUR 5 Mei - Gabungan jualan Bosch Group Malaysia melonjak sebanyak 25% tahun ke tahun kepada RM727 juta pada tahun fiskal 2022.
Pengarah Urusan Bosch Malaysia, Klaus Landhaeusser berkata, pembekal teknologi dan perkhidmatan global itu mempunyai kira-kira 4,200 syarikat bersekutu dengan pelaburan hampir RM400 juta di negara ini, setakat 31 Disember 2022.
"Walaupun tahun yang mencabar, Bosch menyampaikan pertumbuhan yang sihat dalam pasaran Malaysia dan mencapai beberapa kemenangan utama, terima kasih kepada rakan sekutu kami yang berdedikasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Klaus, bagi 2023, Bosch Malaysia kekal melabur dalam pasaran tempatan walaupun berlaku keadaan geopolitik dan ekonomi yang berterusan di seluruh dunia.
Katanya, syarikat melihat cabaran tersebut sebagai peluang untuk bangkit sebagai jenama yang berdaya tahan.
“Melalui pelaburan berterusan dalam kakitangan dan jenama, kami terus mengorak langkah di negara ini.

"Ketika kami bersedia untuk membuka kemudahan semikonduktor baharu di Pulau Pinang pada Ogos dan meraikan ulang tahun ke-100 di Malaysia pada November, kami bersedia untuk membuat impak yang lebih besar," katanya. - DagangNews.com








