IOI Corp lancarkan jemputan untuk pembelian nota bernilai sehingga AS$600 juta | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

IOI Corp lancarkan jemputan untuk pembelian nota bernilai sehingga AS$600 juta

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Anak syarikat IOI Corp Bhd, IOI Investment (L) Bhd menjemput pemegang nota AS$ 600 juta 4.375% yang belum dijelaskan pada tahun 2022 untuk mengemukakan tender bagi pembelian nota-nota mereka dengan wang tunai dengan syarat dan dalam tawaran tender untuk dihantar kepada mereka.

 

Menurut kenyataan kepada Bursa Malaysia, tawaran yang dibuat bersempena penerbitan nota baharu itu adalah sebahagian daripada pengurusan proaktif dana kumpulan dan struktur modalnya.

 

"Nota yang dibeli oleh IOI Investment berdasarkan tawaran tersebut dijangka akan dibatalkan dan tidak akan dikeluarkan atau dijual semula.

 


"Penawar akan membayar untuk sebarang nota yang dilelongkan dan diterima untuk pembelian olehnya sesuai dengan tawaran harga beli AS$1,023 bagi setiap AS$1,000 dari jumlah nominal nota tersebut (harga pembelian)," katanya di sini hari ini.

 

Tambah kenyataan itu lagi, IOI Investment juga akan membayar (pada tarikh penyelesaian) pembayaran faedah terakru dengan sebarang nota yang diterima olehnya untuk pembelian sesuai dengan tawaran.



"Tawaran itu bermula pada hari Isnin (18 Okt) dan akan tamat pada pukul 4 petang Waktu London pada 27 Oktober," menurut kumpulan itu.

 

Dalam perkembangan lain, saham IOI Corp digantung sementara pada Isnin berkuatkuasa 11.55 pagi selepas pengumuman itu dibuat.

 


Oleh itu, perdagangan waran berstruktur yang berkaitan dengan IOI Corp juga telah dihentikan pada masa yang sama.



"Perdagangan saham dan waran berstruktur IOI Corp akan disambung semula mulai 2.30 petang, Isnin (18 Okt)," katanya.



Saham IOI Corp terakhir didagangkan pada RM4.04, turun satu sen atau 0.25% dengan 472,900 saham didagangkan. -DagangNews.com