Gamuda Land tawar perlindungan kesihatan bernilai RM15,000 kepada 300 pembeli kediaman baharu | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Gamuda Land tawar perlindungan kesihatan bernilai RM15,000 kepada 300 pembeli kediaman baharu

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Gamuda Land melancarkan kempen 'Cares for You', rumusan kewangan komprehensif untuk pemilikan rumah tanpa kerumitan yang direka untuk menambah nilai kepada tawaran kediamannya sambil mencipta kelebihan daya saing dalam pasaran. 

 

Bekerjasama dengan VSure dan DOC2HOME, kempen ini bertujuan untuk menonjolkan proposisi nilai rumah Gamuda Land sambil mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan penduduknya.

 

Kempen tersebut akan berlangsung dari 16 Ogos hingga 31 Oktober 2023, yang mana 300 pembeli rumah baharu yang pertama layak mendapat perlindungan kesihatan dan kesejahteraan bernilai RM15,000. 

 

Pemilik rumah Gamuda Land sedia ada juga boleh menikmati diskaun 20% untuk perlindungan yang sama.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Chu Wai Lune berkata, kempen ini berkisar kepada tiga konsep teras, keselesaan, kemudahan dan kebolehcapaian, mewujudkan gabungan lancar yang meningkatkan pengalaman hidup harian untuk semua pembeli rumah Gamuda Land. 

 

"Selain itu, kempen ini juga menekankan kehidupan holistik, gaya hidup yang lebih sihat dan kesejahteraan yang lebih baik, di samping memupuk semangat kemasyarakatan yang kukuh," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Dengan kerjasama VSure, penyedia insurans digital gaya hidup dan DOC2HOME, anak syarikat DOC2US, penyedia e-preskripsi dan kesihatan digital Malaysia, Gamuda Land menyediakan penduduk dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan di rumah yang mudah dan boleh diakses.

 

 

gamuda

 

 

Perkhidmatan ini termasuk telekonsultasi tanpa had, penghantaran ubat, pemeriksaan kesihatan dan faedah pemulihan selepas diagnosis denggi/zika, kemasukan ke hospital atau penyakit akut. 

 

Satu pasukan profesional termasuk doktor, pakar diet, pakar pemakanan dan ahli farmasi akan bersedia untuk menangani keperluan kesihatan dan kesejahteraan penduduk melalui perbincangan dan perundingan video.

 

Ciri VSure dan DOC2HOME boleh diakses melalui Aplikasi Gaya Hidup GL Gamuda Land, yang menyediakan akses lancar kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk penduduk berbilang generasinya. - DagangNews.com