KUALA LUMPUR 7 Jun - FWD Takaful Bhd melancarkan produk inovatif terbaharunya, FWD Medical Plus Rider, yang menawarkan perlindungan dipertingkatkan untuk keadaan perubatan tertentu, rawatan terkini, manfaat penjagaan lanjutan dan bantuan kesihatan mental pada harga mampu milik.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Salim Majid Zain berkata, pelancaran itu menunjukkan komitmen yang berterusan daripada FWD Takaful untuk menyediakan perlindungan yang mampu milik dan berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia.
"Kami percaya bahawa setiap orang perlu mendapat akses kepada rawatan perubatan yang terbaik tanpa beban kewangan.
"FWD Medical Plus Rider menawarkan penyelesaian kos efektif yang memberi tumpuan kepada keadaan perubatan tertentu, termasuk kanser, serangan jantung serta strok, bagi memastikan pelanggan kami mendapat sokongan dan dorongan yang diperlukan dalam proses pemulihan," katanya dalam kenyataan.
Perlindungan rider ini membolehkan kemasukan ke kebanyakan hospital dan pusat perubatan, supaya pelanggan dapat menerima rawatan yang mereka perlukan.
Berikutan pelancaran Program Sokongan FWD Mind Strength, FWD Medical Plus Rider menggabungkan dan menawarkan sokongan pengukuhan minda kepada pelanggan dan ahli keluarga mereka.
Manfaat-manfaat utama yang boleh dinikmati adalah:
- Manfaat Rawatan Perubatan Komprehensif: Melindungi kedua-dua kos pesakit dalam dan pesakit luar untuk keadaan perubatan tertentu, rawatan susulan dan keperluan pemulihan. Ini termasuk bilik dan penginapan harian, perbelanjaan unit rawatan rapi, kos pembedahan, pelbagai perbelanjaan hospital, penjagaan paliatif, manfaat tunai hospital harian dan lawatan doktor atau pakar.
- Manfaat Rawatan Terkini: Ini termasuk ubat khusus serta ujian genomik dan ubat ketepatan untuk pesakit kanser, menyediakan rawatan dan penjagaan perubatan yang lebih tepat kepada pelanggan. Selain itu, pelanggan boleh menikmati had tahunan keseluruhan dua kali ganda untuk tahun sijil tertentu selepas manfaat ini dituntut.
- Manfaat Penjagaan Lanjutan: Untuk memastikan penjagaan kesihatan dan sokongan yang berterusan, rider ini menyediakan akses kepada rawatan terbaik dan membantu pelanggan dan ahli keluarga dalam proses pemulihan mereka. Sebagai contoh, pemeriksaan pencegahan untuk ahli keluarga sekiranya orang dilindungi disahkan menghidap kanser.
- Pilihan Rawatan Luar Negara: Menawarkan akses di seluruh dunia untuk memilih rawatan, pakar dan hospital di luar Malaysia. Pelanggan boleh memilih peringkat pelan yang berbeza berdasarkan perlindungan geografi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FWD Medical Plus Rider, sila layari fwd.com.my atau hubungi mana-mana ejen FWD Takaful yang sah. Sebagai alternatif, hubungi talian 1-300-13-7988 atau emel [email protected] untuk maklumat lanjut. - DagangNews.com








