DK-MY Properties lancar tujuh projek komersial dan kediaman dengan GDV RM4.5 bilion menjelang 2025 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

DK-MY Properties lancar tujuh projek komersial dan kediaman dengan GDV RM4.5 bilion menjelang 2025

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 22 Julai - DK-MY Properties Sdn Bhd bertekad untuk meneruskan misi mereka dengan melangkah lebih jauh dengan pelancaran tujuh projek komersial dan kediaman menjelang tahun 2025 di Lembah Klang, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM4.5 bilion.

 

Barisan projek ini bertujuan untuk membawa legasi Malaysia dengan ciptaan mercu tanda yang akan meletakkan negara di persada dunia sambil memastikan kelestarian dalam gaya hidup dan persekitaran rakyat Malaysia. 

 

DK-MY Properties akan memulakan projek tersebut dengan pelancaran The Suite, Jalan Ampang pembangunan berwawasan yang dianugerahkan Best Hybrid Development di Property Insight’s Prestigious Developer Awards 2019. 

 

The Suite menawarkan pengalaman berkerja dari rumah dengan menekankan ruangan bekerja dan berhidup bersama dengan gabungan teknologi smart home (rumah ciri pintar). Pembangunan ini juga disokong dengan SAMA+, penyedia khas 5 bintang tanpa sentuhan eksklusif pertama di Malaysia yang menganjurkan pelbagai ciri-ciri kehidupan pintar.

 

Kemajuan megah yang akan datang dalam tahun ini termasuk pembangunan komersial jenis pegangan bebas seluas 1.06 ekar di Bandar Sri Damansara dengan pembinaan sebanyak 492 unit suite kediaman dan pejabat. 

 

Menggabungkan konsep rumah mewah mampu milik, projek ini menonjolkan studio en-suite bilangan dua bilik tidur ke atas menggunakan ruangan dengan sepenuhnya dan mempertingkatkan kemudahan yang mewujudkan pengalaman hidup seperti di hotel amat menarik minat golongan milenium dan pasangan muda untuk dipertimbangkan sebagai rumah pertama mereka.

 

Pengarah Urusan DK-MY Properties, Danny Koek berkata, syarikat dapat menjangkakan tanda-tanda pemulihan yang kukuh dalam industri hartanah pada separuh pertama tahun 2022, yang mana ramai rakyat Malaysia kini beralih kepada pasaran perumahan untuk pelaburan dan pemilikan.

 

 

dkmy
Danny Koek

 

 

"Hartanah di pasaran telah pulih dengan pantas berikutan dengan pemulihan dari fasa pandemik dan kami menjangkakan permintaan yang tinggi dalam sektor hartanah. 

 

"Kami percaya saluran projek kami dapat merangkumi segmen kediaman dan komersial yang meningkatkan nilai kehidupan kepada pemilik dan pelabur sambil memastikan pembangunan kemampanan di mana komuniti terus berkembang maju,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Selain peningkatan pengalaman dalam gaya hidup, DK-MY Properties komited untuk memelihara alam sekitar dalam projek pembangunan mereka. Pembangunan di Bukit Cheras adalah salah satu projek kediaman berkepadatan rendah terletak di tapak hutan seluas 28 ekar di Bukit Ketumbar. 

 

 

dkmy

 

 

Dalam mengukuhkan misi untuk meningkatkan gaya hidup rakyat Malaysia melalui inovasi dan teknologi, DK-MY Properties menyasarkan untuk melancarkan pembangunan bercampur SSTwo Mall (pusat membeli-belah berkonsep kehidupan sejahtera), D'Twist (pusat membeli-belah dipacu teknologi dengan kolam menyelam dalaman terdalam di dunia) dan pembangunan kediaman di Puchong Intan.

 

 

dkmy

 

 

Salah satu projek ikonik yang terkini, D'Immersione dijangka siap menjelang suku pertama tahun 2024. Terletak di Mont Kiara, projek pembangunan bercampur ini dibangunkan sejumlah 506 unit suite kediaman dan pejabat serta pusat membeli-belah. 

 

Pembangunan pegangan bebas seluasan 2.8 ekar ini bernilai RM 1.08B GDV dimajukan untuk mempertingkatkan pengalaman hidup seperti di hotel 5 bintang dengan reka bentuk ultramoden, perkhidmatan dan sekuriti 24/7 serta teknologi smart home (rumah pintar) yang menampilkan SAMA+. - DagangNews.com