Crest Builder raih kontrak pembinaan bernilai RM107.5 juta | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Crest Builder raih kontrak pembinaan bernilai RM107.5 juta

 

 

KUALA LUMPUR 29 Nov - Crest Builder Holdings Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Crest Builder Sdn. Bhd. memperoleh kontrak bernilai RM107.5 juta daripada Sime Darby Property (Ara Damansara) Sdn. Bhd.

 

Kontrak tersebut membabitkan pembinaan 1 blok pangsapuri perkhidmatan dengan kemudahan tempat letak kenderaan di Ara Damansara, Selangor.

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia, Crest Builder berkata, tempoh kontrak seperti tertera dalam surat penerimaan adalah selama 33 bulan mulai 22 Oktober 2021 hingga 21 Julai 2024.

 

"Ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 dan seterusnya," katanya hari ini. 

 

Menurutnya, kontrak berkenaan tidak memberi kesan kepada terbitan modal saham berbayar Crest Builder dan juga pemegangan utama saham kumpulan. - DagangNews.com