FMM gesa kerajaan bertindak lindungi sektor perkilangan negara ketika Trump menangguhkan tarif selama 90 hari
KUALA LUMPUR 11 April — Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan mengambil langkah tegas sepanjang penangguhan selama 90 hari tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) untuk melindungi sektor perindustrian dan daya saing jangka panjang negara ini.






